laa..rupe2nyer blog aku tak boleh di view sebab ade banner Geng Blogger..susah payah aku alih gi wordpress...
Aug 29, 2010
last entry
Posted by royal joe budu at 9:20 PM 14 teguran
Aug 28, 2010
kami telah berpindah
memandangkan aku tak tau ape yang dah berlaku kat blog aku nih..time nak bukak je ade warning virus..jadi, aku berpindah ke wordpress..sekian ..
Aug 25, 2010
Aug 24, 2010
di mana dia anak kambing saya
yaa..kalau anda lihat disebelah kanan blog saya..sumer jenis barang ade..kotak chat, link blog2 tak bes (gurau saje ye), iklan syampu, survey, link GB (gengblogger bukan gang bang), tentang saya, dan kaunter pertanyaan...tapi tak de kotak follower..nak tau kenapa...?
Aug 21, 2010
kentut busuk
kenapa kentut anda berbau busuk?
Aug 20, 2010
hipokrit di bulan ramadhan
time bulan ramadhan ni..ramai orang yang selama ni jahil..akan tetiba jadi baik..
Aug 18, 2010
spell it right
Posted by royal joe budu at 4:28 AM 10 teguran
Aug 17, 2010
Billy talent – Diamond on a Landmine
Berhenti membaca..kite layan dulu band punk dari Canada nih..
Aug 16, 2010
bangge tak?
...
Aug 13, 2010
Saat saat paling bahagia bagi seorang pelajar
Bagi sesetengah orang..saat paling bahagia time kat institusi pengajian ialah bila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan..tak pun dapat mewakili institusi pengajian dalam pertandingan..ade juge yang bahagia bila ramai awek mintak nombor..
Tapi bagi aku berbeza..saat paling bahagia bagi aku ialah bila cikgu/lecturer tak masuk kelas..rase macam dunia ni aku yang punya..
p/s : aku baru balik dari kelas yang dicancelkan sebab lecturer tak datang..(12.30pm 2/8/10)..wohooo!!!
Aug 12, 2010
Betterman by Robbie William
Bile bosan tak de awek ni..rase cam nak menyanyi je lagu ni..
Send someone to love me
I need to rest in arm
Keep me save from harm
In pouring rain
Then i realise..i really do someone that love me..my mom..
Mom..i love you too..
p/s : tetiba rindu kt mak..
Aug 11, 2010
Isu buang anak
Nasihat untuk mereka yang buang anak
Girl : make sure you’ll get pregnant..born the child..and leave her/him anywhere..make sure the dog eat them..or some big lizard..i hope you’ll be happy..
Boys : make sure the girl will have your baby..and leave her if she urges you to be responsible..why should you bother..?? it’s not you the one who pregnant..
Budak2 sekarang..kalau larang makin dibuat..jadi cuba galakkan..mungkin keadaan berubah..
p/s : terus terang ak tulis..ak rase macam poyo bila speaking..bakpo eh..?
Aug 10, 2010
special buat ramadhan
memandangkan puasa esok..eh..aku tak pasti..esok ke..?
Amaran oleh kerajaan Malaysia
Haji bo pernah berkata :
“setiap sedutan membawa pada jika berbaring berbanding duduk, lebih baik kalau berdiri atau berjalan tapi tidak elok ketika berlari”
Aku rase slogan macam ni yang patut ada kat kotak rokok kat M’sia ni sebab ramai perokok percaya kalau hisap rokok sambil berbaring lebih tinggi risiko untuk berpenyakit..
Aug 9, 2010
Holiday series
Yes..it has ended.. so it will be hard 4 me to update daily like usual..
p/s : ak xtau nape dah start nak speaking skang..dah mula nak lupa daratan kot..
Aug 8, 2010
Tafsir mimpi : ular dan lembu
Aku tau benda ni sebab setiap kali mimpi aku akan tanye pak sedare aku maksud mimpi aku..disebabkan baru 2 mimpi aku tanye die..jadi 2 benda je lah aku tau maksud mimpi nih..setakat ni..semua tafsir pak sedare aku betul2 belaka..
Pertame..ular, maknanye akan mendapat untung atau sesuatu yang baik...makin banyak makin bagus..tapi kalau ular berwarna gelap..awas..petanda tak baik..kalau dipatuk ular pulak..maknenye kita akan meninggalkan keluarga atau salah seorang ahli keluarga kita akan meninggal dunia..
Kedua..lembu, yang ni pon same..maknenye akan mendapat untung..itu sahaje..
Tapi pak sedare aku cakap..jangan percaye sangat..sebab kadang2 mimpi tu mainan syaitan..ade sesetengah je petunjuk..
p/s : nanti aku tanye pak sedare aku tentang mimpi lain pulak..
Aug 7, 2010
Mari memasak bersama abang joe budu
Disebabkan aku baru sahaja mencipta resipi baru time cuti yang lepas..jadi aku rase nak kongsi resipi aku ngan orang lain..name resipi ni ialah Cucur Nenas..orang Kelantan panggil Jempu’ Woh Lanah..
Baiklah puan2 dirumah..antara bahan2 yang diperlukan untuk masakan hari ni ialah :
1. Secawan air
2. 3 cawan tepung gandum
3. Sepotong nenas
4. Sebiji telur
5. Gula dan garam secukup rase
...
...
Oke..ni pula langkah2 untuk membuat cucur nenas :
1. Bancuh air dengan garam sehingga sebati
2. Masukkan telur dan bancuh sehingga sebati
3. Masukkan gandum dan bancuh sehingga sebati
4.Masukkan gula dan bancuh sehingga sebati
5. Potong nenas dalam bentuk kiub, masukkan dalam bancuhan tadi dan bancuh sehingga sebati
6. Panaskan minyak dan goreng cucur anda
7. Cucur yang masak akan kelihatan kekuningan atau kejinggaan
8. Setelah masak, hidang masakan anda dalam pinggan (buat sape yang kreatif, hias hidangan anda dengan daun atau kulit nenas)
...
Sekarang anda bolehlah merase hidangan yang ringkas, sedap dan jimat ini
p/s : dalam mase 10 jam, pastikan anda bersedia untuk ke tandas kerana resipi ini boleh mendatangkan cirit birit dan sakit perut..kemungkinan 3 hari
Aug 6, 2010
Lawak SMS
Buat para lelaki..sila check telur anda, sebab :
..
..
..
Jika anda mempunyai SATU telur,
Maknanya anda SPECIAL..
...
Jika anda mempunyai DUA telur,
Maknanya anda NORMAL..
Jika anda mempunyai TIGA telur,
Maknanya anda CACAT..
...
...
...
Dan jika anda mempunyai EMPAT telur,
AWAS!!!
...
Anda mungkin sedang diLIWAT!!!!
p/s : aku dah lupe bentuk sebenar ayat SMS kawan aku tu..
Aug 5, 2010
Justin bibir dan tomok
Sape2 yang minat justin bibir memang sama saja dengan sape2 yang minat tomok..korang tak geli ke..?
p/s : malas nak tulis panjang2..meremang bulu..
Aug 4, 2010
Husin, burung dan mangga
Abang husin..salah seorang warga kampong aku yang suke bela burung..satu hari..burung beliau terlepas..disebabkan sayang terhadap haiwan itu..beliau mengejar burung tersebut..aku dan sulong hanya memerhati dari jauh..
Budak kampong aku..joe dan pime* mengikut abang husin untuk melihat beliau melakukan proses tangkap semula burung yang terlepas..
Setelah terbang dari pokok ke pokok..akhirnya..burung tersebut hinggap kat pokok mangga milik abang naim..disebabkan burung tersebut berada dahan yang tinggi..abang husin terpaksa menarik buah mangga untuk merendahkan dahan tersebut..beliau menarik buah mangga itu dengan perlahan-lahan supaya burung tersebut tak terkejut..
Tiba-tiba..abang naim (pemilik pokok) menjerit “buah mangga tak masak lagi tuuu..!! jangan la petik!!”
Aku, joe, pimea dan sulong hanya mampu ketawa terbahak2..kesian abang husin..tak pasal2 kena tuduh petik mangga tak masak..
Aug 3, 2010
Cara menjinakkan lembu
Bagi penternak dan bakal penternak lembu..disini aku ingin berkongsi cara menjinakkan lembu..sebenarnye tip2 ni berguna bagi penternak lembu bile time nak tangkap lembu..tak perlu susah payah nak umpan atau bertungkus lumus mengejar lembu satu kampong..
Ok..langkah pertame anda hampiri lembu anda secara perlahan2 sambil menghulurkan tangan ke arah muka lembu..bile tangan anda dah dekat ngan lembu..bagi lembu tu hidu tangan anda..kalau lembu tu menjilat tangan anda, maknanya lembu anda ni mudah untuk dijinakkan..dan kalau lembu tu tak jilat..tak mengape, gosok muka lembu tersebut secara perlahan2..haa..lepas tu ulang semua langkah2 ni setiap hari..semakin kerap semakin la lembu tu biasa ngan anda..dan InsyaAllah, lame2 kemungkinan lembu tu akan menjadi manje dengan anda..
Sekian..jangan lupa basuh tangan selepas dijilat..
Aug 2, 2010
Bunkface
Adekah aku seorang yang menyedari..? sam bunkface kelihatan semakin poyo bile wat live show..haih..macam2 ragam bile popular..baik naza the times..cool je time show..
Aug 1, 2010
Betul kate Dr. Mahathir..
Err..aku dah lupe sebenarnye ape Dr. M cakap..tapi beliau ade sentuh pasal permansuhan UPSR nga PMR...tak silap aku die cakap mansuh UPSR ngan PMR adalah satu pilihan yang salah..bagi aku pandangan beliau betul..
Pada pandangan aku..kerajaan mansuh UPSR dan PMR sebab nak lahirkan pelajar yang tak terlalu examination-oriented..masalahnyer, mentality budak2 bukan macam orang dewasa..kalau exam takde maknenye budak2 akan hilang arah..mane ade budak2 belajar untuk suka2..exam juga dapat set goal untuk diorang..dulu aku tekun belajar pun sebab nak cemerlang dalam exam(ehem2)..tambahan lagi..jika pelajar tidak didedahkan dengan exam yang penting2 lagi sejak sekolah rendah dan tingkatan 3, macam mane diorang nak menghadapi exam penting macam SPM..
Tapi nak mansuhkan pun aku tak kisah..lagi pun aku dah lepas semua exam tu..haha..
p/s : kalau nak baca blog Dr. M klik disini