BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Apr 26, 2010

surya gudang garam

...

surya,
kau ibarat lilin yang membakar diri,
musnah badan kerana memberi nikmat,

surya,
bau harum bak kayu manis,
memercik bara bak mercun mancis,
putung nikmat sungguh manis,
batang panjang macam pembaris,

surya,
sesetengah insan mengejimu,
katanya bahaya menghakis paru-paru,
bibir merah jadi hitam biru,
terkena bara tergaru-garu,


surya,
jangan sedih jangan pilu,
aku setia menarik asapmu,
kerana aku menyayangimu,
nanti esok aku beli baru,

surya,
biarlah dunhill mengeji,
biarlah winston membenci,
biarlah saat membawa diri,
mereka semua juga membawa mati.


surya,
mungkin engkau lebih cepat membunuh
batuk darah air liur keruh,
berdiri tegak mungkin terjatuh,
gigi putih mungkin lusuh,

namun,
aku akan setia,
selagi badan masih bernyawa,

Amaran oleh kerajaan Malaysia : Merokok Membahayakan Kesihatan

0 teguran: