BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jul 27, 2010

26 jun 2010

Hari aku ke bandar Rantau Panjang membeli seluar..suasana rantau panjang time cuti memang sesak..penuh denga orang yang datang dari luar yang nak beli barangan murah..tapi selalunya time cuti la peniaga rantau panjang menaikkan harga barangan lebih dari harga biasa..selalunya orang yang tak bercakap loghat Kelantan akan dikenakan harga luar biasa tanpa mereka sedar..jadi..buat sape2 yang nak beli dengan harga yang betul2 murah..sila belajar loghat Kelantan ye..

Setelah siap membeli seluar yang diingini..aku menunggu bas kat bus stop..menunggu bas kat bus stop memang boleh menaikkan darah sape2 yang kurang sabar..sebab jadual bas kat rantau panjang ni tak constant..sekejap setengah jam sekali..sekejap sejam sekali..disebabkan tak sabar nak balik rumah untuk tido, aku cuba menahan teksi..setelah 2,3 kali menahan teksi..eh silap..kat Kelantan orang panggil teksi sebagai kereta sewa..oke sambung balik..setelah 2,3 kali menahan kereta sewa..akhirnya ade la satu kereta sewa berhenti..disebabkan ade jugak mak cik nak join naik..aku duduk kat depan..aku memandang ke tempat duduk belakang..nak tengok mak cik tu selesa tak..sebab die bawak 4,5 orang anak..

Tiba2 aku terlihat seorang awek duduk kat belakang..muke lawa..kulit putih melepak dan kelihatan lembap (bukan lembab)..tak pakai mekap pun tapi sungguh lawa..sedar aku melihat beliau..beliau senyum ke arah aku..ah..cair hati ku..sungguh lawa..namun begitu, aku membalas dengan muke ketat..konon2 cool..aku memandang ke depan semula..kereta sewa mula bergerak..

Setelah 2,3 kilometer bergerak..awek tersebut turun berhenti dirumah beliau..aku hanya memandang dari dalam kete sewa..dan time beliau tutup pintu pagar rumah beliau melempar satu lagi senyuman manis ke arah aku..aku hanya memandang sayu..menyesal tak mintak nom telefon..jatuh hatiku kat awek kereta sewa tadi..

p/s : esok lusa mungkin aku jatuh hati kat awek dalam bas pulak

4 teguran:

Unknown said...

hahaha,..dok mano?pm ko?
gatal ni.hahhaa

hans said...

besday ko kan 26 Jun tu?
len kali minta la no phone

P/S : Rajnikanth Nak Datang Malaysia? Biar Betul?? Nak Kena Pergi Jumpa Nih!

royal joe budu said...

alinac : dok RP..hee

hans : besday ak 14 feb larr..

hans said...

owh
besday ko time valentine rupanya
hohoho

P/S : Hans! Asal Makin Kurus Bebenor Nih?