BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 31, 2010

post ke 95

...


jom bincang pasal crocs..bile jadi blogger ni kene ulas isu-isu semasa..sebab blog ni tempat kite meluahkan pandangan masing2..err..macam nak bagi tutorial menjadi blogger pulok..

isu kali ni agak dah nak basi..tapi aku nak ulas jugak sebab nak tunjuk keprihatinan aku..isunyer semua orang dah tahu..kalo ade yang tak tahu search kat google..gambarnyer semua orang dah tengok..jadi..aku nak bagi pandangan tentang memboikot kasut crocs..

pada pendapat aku..orang malaysia dah lame boikot crocs..nak spesifik lagi..syarikat crocs..nak tau kenape..sebab KEBANYAKAN yang pakai kasut crocs kat malaysia ni semua beli kat pasar malam..harge tak sampai RM50 satu..see?(speaking..ehem2)..duit tu tak masuk pon akaun crocs..

p/s : kalau ade crocs ori bawah RM50 kat pasar malam aku nak delete post ni

...

post ke 94

...

3 lagu paling bes bile dinyanyikan member aku..

1. limiey, bile menyanyi lagu Tidak Ku Pinta by Iklim :

"tidak ku pinta lahir ke dunia, tidak ku duga KACAK begini~~~"

2. don, bile menyanyikan lagu Ku Di Halaman Rindu by Lefthanded :

chorus: "ku di halaman hindu~~, hanya berteman bunga yang layu~"

3. yang ketiga ni ramai nyanyi lagu Taman Rashidah Utama by Wings macam ni:

" pertama kali ku cinta, pertama kali ku diluka, kini aku menjadi tanda, sebuah kubur cina~~"

...

May 30, 2010

post ke 93

...

setiap kali bangun tido..bende pertame aku buat basuh muke..gosok gigi..layan laptop..2,3 jam berlalu baru aku mandi..

ramai tak tau..aku sebenarnye alergik kat air..sebab tu aku jarang dan lambat mandi..serius tak tipu ye anak2..

nak bagitau tu je..

p/s: skang aku dah jumpa cara baru nak buat tajuk entry..mudah..jimat..dan senang kira..

May 29, 2010

bile pemain dota menjawab soalan exam

...



p/s: fail

...

May 27, 2010

post ke 91

...

aku rase aku dah bosan belajar..
rase macam nak cari keje terus..kawin..buat anak 2,3 orang..
time weekend lepak ngan anak bini..

pagi2 hantar anak sekolah..
tengah hari lepak kedai kopi..bincang pasal politik..
petang2 lepak kedai kopi lagi..main dam haji..
malam2 pergi surau dengar ceramah..

bile la nak tua nih..lambat sungguh..

...

May 25, 2010

makan nasi ngan famili memang sedap

...

disebabkan cuti..aku terpakse lepak kejap umah kak aku..kat umah die ni tak der mende menarik..awek cun pon tak der sekitar rumah ni..kalau pasar malam hari isnin tu mungkin ade 2,3 kerat yang cun2..

err..aku bukan nak citer pasal awek..nak citer pasal peristiwa yang berlaku time aku makan semalam..

macam biase..aku bukak periuk..amek nasi..lalu bersila kat meja makan bersama anak saudara..lauk nampak cam sedap..ayam tom yam ngan ikan bawal bakar..aku amek 2,3 ketul ayam..dan 2,3 cubit ikan bawal..

tengah sedap2 makan..tiba2 kak aku bersuare.."hensem jugak abe oh ni ye"..aku tersipu2 malu sambil berkata "laaa..baru tau ke"..anak sedare sebelah aku tersedak..yang lain2 hanya gelak..gelak macam perli..

aku hanya senyum menghabiskan sisa2 nasi..

p/s : bosan sungguh

...

May 20, 2010

biskut marie cicah teh o panas

...


ni adelah tag dari cik syamin..

bismillahirahmanirahim...(macam jawab exam plak)



10 fakta tentang joe budu

1. nama sebenar ialah firdaus
2. faveret kale adelah merah,hitam dan putih..and kuning langsat..
3. maksud name tidak diketahui..tapi yang beliau tau, firdaus tu name syurga..
4. mempunyai banyak name panggilan : joe, budu, fir, daus, abu, abe oh, kerdas, korok, tulang,
bugu, peghdah, janggut,dan macam2 lagi..
5. suke macam2 jenis lagu..tapi top three faveret beliau adelah butterfingers, system of a down
ngan billy talent
6. suke korek hidung dan tidor
7. susah nak sayang orang selain mak sendiri
8. paling benci 3 orang nih
9. suke bermain game..selalu termimpi2 main dota, command and conquer, borderland dan
macam2 lagi
10. takder duit sangat tapi kaya dengan gelak ketawa



10 perkara yang menakutkan joe budu

1. babi hutan..
2. masuk hutan sorang2
3. eksiden ngeri
4. orang gila pegang parang
5. fail dalam exam
6. ular berbisa dan ular sawa..
7. makan batang sayur..sebab pernah termakan ulat bulu yang bentuk cam batang sayur dalam kuah tom yam..sejak itu beliau mula fobia dengan batang sayur
8. orang gay atau pondan senyum2 sambil kenyit mate kat beliau
9. tidak di ketahui
10. mati



10 perkara yang selalu disebut joe budu

1. aku
2. mung
3. ko
4. sial je
5. macam gampang
6. celaka
7. hmmmm~~
8. gemuk
9. pow rokok sebat/sebate
10. jubo



10 perkara yang amat bernilai bagi joe budu

1. duit
2. rokok
3. member..(tak der member camner nak pow rokok)
4. lighter/mancis/api
5. makanan
6. badan sendiri..walaupun kurus tapi berguna
7. oksigen
8. air minuman
9. tido
10. internet



10 "pertama kali" dalam hidup joe budu

1. kali pertama dan dan kali terakhir beliau hidup
2. pertama kali perform band depan orang ramai tapi spoil..kali kedua pon spoil jugak..kali ketiga
mungkin spoil lagi
3. fers time hisap rokok tak batuk
4. makan mee bandung
5. hidup hutang keliling pinggang
6. ader member2 yang mengarut
7. jumper bekas awek fers
8. jadi rajin..sebelum ni malas..
9. jari masuk gear basikal..nampak tulang woo..
10. tulis blog



7 orang bertuah jawab tag ni balik


p/s : aku tag sorang jer..malas nak tag ramai2..

...

May 18, 2010

saat bile aku mula bosan

...




p/s : amacam..?

...

May 17, 2010

bakar membakar rumah..

...


teringat aku kat salah sorang saudare aku yang bername bakar..salah satu kenangan aku ingat tentang beliau adelah beliau pernah bakar rumah sendiri..sebabnyer terpakse dirahsiekan atas sebab2 peribadi..

yang menariknya..salah seorang kawan aku merupakan saksi ketika bakar membakar rumahnyer..beliau juga menegaskan bahawa beliau dan rakan2 beliau melihat bakar start cucuh api kat dinding sampai la rumah tu hancur lebur dimamah api..

aku bertanye.."tak der orang gi tolong padam ke api tu?"

beliau menjawab.."tak der..semua tak nak tolong sebab nak tengok rumah terbakar secara live"

aku hanya menggeleng2 kepala..macam gampang perangai..

p/s: aku bab2 story mory ni memang tak terer

...

May 16, 2010

top three

...


berikut adelah insan2 yang selalu kene pow rokok daripade aku..yang tersenarai ni top 3 je..nak tulis semua kang panjang sangat..

apit : sebagai seorang rumate yang berjasa..apit merupakan mangsa pow aku setiap kali aku bangun tido da setiap kali beliau tengah tido..

bo : mangsa pow sejati..setiap kali apit kehabisan rokok aku akan mula mengepow bo..kadang2 tu bo yang menghulur rokok untuk dipow setiap kali aku takde rokok..memang baik..setiap kali menghulur rokok muke bo akan jadi hensem dan badan tough..time bo takde rokok..muke beliau akan jadi x ensem dan perutnyer takkan tough lagi..

paih : pengepow yang menjadi mangse pow..setiap kali paih membeli rokok boleh dikatekan 40% adelah share aku..beliau juga tidak berat mulut untuk mempelawa aku menjamu rokok beliau..salah satu alasan beliau untuk di pow sebab tahun lepas beliau selalu pow aku..

...

May 15, 2010

rock and roll queen

...




tuai la padi antara masak, esok jangan layu-layuan~~

...

May 14, 2010

rutin harian di kala peperiksaan

...


12am-2am : online

2am-4am : buat2 study

4am-6am : main game

6am-2pm : tido

2pm-3pm : online lagi

3pm-5pm : study

5pm-8pm : makan minum lepak rehat dan main game

8pm-9pm : study lagi

9pm-11pm : tido..(kepala mula sakit time ni)

11pm-12pm : bebas

...

May 13, 2010

laws of boolean

...


A+0=A
A+1=1
A.0=0
A.1=A

A+A=A
AA=A

A+B=B+A
A.B=B.A

A+(B+C)=(A+B)+C
A(B.C)=(A.B)C

A+(B.C)=(A+B)(A+C)
A(B+C)=(A.B)+(A.C)

A+A.B=A
A.(A+B)=A

p/s: aku tulis dengan harapan dapat ingat semua theorem plik2 nih..

May 12, 2010

suasana di atas meja..

...


laptop bersila menyilaukan..
wayar2 mouse,earphone,cooler dan charger bergelimpangan..
ashtray tersadai lemah dengan habuk2 di atas meja..
lighter zippo rebah sama tinggi dengan pasangan lighter cricket..
testpad tertutup malu di depan laptop..
kotak dunhill kosong berdiri megah..
di kala kotak surya dan pall mall terbaring hina..
pendrive terkujur dengan virus2..
kunci2 bilik seolah olah berasmara songsang tanpa tombol pintu..
hanya henset nokia berpaling arah menahan nafsu..
kad matrik pula tersipu2 malu..

p/s: tak masuk plak ayat2 aku nih

...

May 11, 2010

seorang engineer berjaya

...


langkah pertama untuk study memang selalunya memboringkan bagi aku..mood takde..jadi tadi aku melepak kat IRC (macam library ye anak2) untuk mendapatkan mood untuk study..exam dah dekat..

baru dalam 20 minit membelek buku..aku mula bosan..aku melihat rak2 buku di sekeliling..jauh ku merenung buku..bermacam2 perkataan bermain dalam otak..

suasana sepi..aku melihat ke kanan..melihat keri study..tetibe mamat foreigner sebelah keri menyanyi2 lagu ala2 etnik kreatif negara diorang..aku dan keri hanya mampu gelak2 kecil (sebab tak boleh bising2 dalam library)..

aku memandang ke kiri..melihat apai study sambil dengar mp3..kadang2 bergerak tangan beliau membuat gaye ala2 main dram..ade potensi apai nih..

aku memandang meja study balik..membelek2 lampu study kat meja tuh..panas..tiba2 aku rase nak jadi seorang engineer elektronik yang berjaya..seorang engineer yang tahu macam mane lampu berfungsi dengan hanya menyentuh lampu tersebut..baru stylo..

...

May 10, 2010

biodata untuk awek2 diluar sane

...

err..ekceli bukan nak bagi awek ni..cume tringat..mende ni selalu orang buat bile nak kapel zaman2 sekolah rendah dulu..sekolah menengah mungkin ade lagi budaye ni..bagi biodata kat pasangan..konon2 nak kenal lebih dekat..eh..da lari topik ni..

di tag oleh
dakulala

buat salinan nota anda sendiri..
Padamkan Jawapan saya...
hantarkan tags anda kepada dua puluh ( 20 ) orang..
mulakan dengan nama anda untuk menjawab setiap soalan berikutnya....
harus di tuliskan yang benar .. sebenarnya ...
mesti kena buat ...jika orang pertama telah mengunakan jawapan itu, anda harus mengunakan jawapan yang berbeza dari dia...jawapan anda tidak boleh diulang-ulang..( cannot use any words twice )
Anda tidak boleh menggunakan nama anda untuk anak / soalan nama gadis ( you can't use you name for the boy / girl name question ) if you understand this words,( i'am just follow qellissa words )

Soalan Dan Jawapan :-

Siapa Nama Anda : Firdaus (joe budu)

Perkataan Empat huruf : tido

Nama Anak Lelaki : faiz

Nama Anak Perempuan : faizah

Pekerjaan Anda : pelajar

Warna Kegemaran : black,red and white
Sesuatu yang anda pakai : kain pelikat
Makanan : phat phit (makanan siam)

Sesuatu Yang Ditemui Di bilik Mandi : lubang air

Tempat : kerusi

Alasan Kerana Terlambat
: tertido
Sesuatu yang membuat anda menjerit : kene serang rasakse
Tajuk Filem Kegemaran Anda : god must be crazy

Sesuatu Yang Anda minum : air la (takkan minum bihun plak)

Kumpulan Muzik : the corners

Binatang Kegemaran : lembu

Nama Jalan : jalan tar

Nama Jenis Kereta : kereta api


anda semua ditag:
1.alya (balas dendam)
2.syamin (aku tau mu puah)
3.faizah (latihan seblom final)

p/s: aku malas nak tag ramai2..dan yang di tag hanya awek..sebab aku tak gay..

...

fat cute chinese girl

...

it make me smile
everytime i remembered you said
we have some chemistry between us

it make me smile
everytime i see your picture
seeing you getting fat and bolder
mean no rivals for me sooner or later

it make me wonder
bile la agaknyer kite bole kawin yer?

p/s: err..tetibe rase jiwang dihati..

...

May 9, 2010

9 mei bukan hari ibu

...


asal hari ibu je..berlumba2 lah anak2 mengucapkan hari ibu..tapi aku tak berape setuju 9 Mei ni dibuat hari ibu..sebab..tarikh ni tak spesel..nom tak lawa..

aku rase..buat anak2 kat luar sane..aku rase korang patot hari ibu time besday korang..sebab tarikh tu korang kena ingat..tarikh tu la mak korang bertarung nyawa nak lahirkan korang..

satu lagi tarikh hari ibu yang sesuai aku rase tarikh besday ibu kite..yela, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunyer..point aku kat sini..kalo mak kite tak lahir, takde la kite kat dunia ni..jangan jadi macam setengah orang..besday mak pon tak tau..

p/s: err..aku pon tak ingat besday mak aku..tapi adil la..sebab mak aku pon tak ingat besday aku..haha

...

May 6, 2010

zaman 5E

...


teringat aku kat sedare aku name zaman..dulu mak aku citer zaman ni nakal..sekolah selalu ponteng..setiap pagi zaman akan ponteng bersama abang aku..

pernah gak satu pagi..mak zaman g bilik die nak kejut member bangun gi sekolah..tapi tengok2 bilik zaman dah kosong..tingkap terbukak..mak aku citer die gi menyorok kat pokok sagu..sanggup bangun pagi semate2 nak menyorok..

time UPSR beliau dapat 5E..masuk sekolah menengah..beliau mule rajin..sekitar tingkatan 2-3..beliau mula pandai membaca ngan menulis..

disingkatkan cerita..sekarang beliau dah jadi inspektor kesihatan..masuk 2,3 kali U sambung pelajaran..beliau jugak aktif dalam politik..setakat nom telefon menteri memang penoh dalam phone book beliau..kalau tengok sekarang..ade kemungkinan beliau akan jadi wakil rakyat tempat aku..

...

May 5, 2010

gambar ngeri

...


melihat gambar ngeri menjadi salah satu tabiat manusia..

nak kate suke..tak..cume..gambar ngeri ade tarikan tersendiri..

kadang aku nampak je link gambar ngeri..terus je klik..usha2..seronok..

terpikir gak dalam hati..

kalo aku yang ade dalam gambar tu..

seronok kah aku bila jasad aku di tayang macam tu..

p/s: melihat sekadar mngambil iktibar..mintak2 dijauhkan..

...

May 4, 2010

suasana mamak di tengah malam

...


semalam lepak kat ameeth..tengok bola lepas tengok iron man 2 kat ipoh..sebenarnye aku tak minat sangat tengok bola..aku lebih suke tengok gelagat manusia kat mamak ni..contohnyer..

meja depan..sekumpulan budak2 arab tengok bola..atas meja kosong je..nampak sangat datang tengok je..minum tak..lepas tu borak kuat2..

meja tepi dinding..sekumpulan budak2 berambut merah melepak..muke melayu rambut merah..hensem la tu..

meja tengah..sekumpulan awek yang yang tak berapa cun berpakaian seksi..mengilai macam pontianak..kalo aku jadi bapak diorang dah lame aku bedal..muke buruk..perangai macam saitan..

meja roti canai..mamak ngah tebar roti ngah penuh semangat..mintak2 tak masuk bulu tangan..

meja tengah lagi..tempat aku melepak..budak2 semuanya cool..bajet hensem..termasuk aku..yang merenung gelas teh tarik singgit..dalam poket ade 60 posen je..basuh gelas la jap lagi jawabnye..

...

May 3, 2010

kempen derma darah

...

anda rasa berat bertambah?

ingin kurangkan berat badan?

jom..derma darah sekilo dua..


venue : executive lounge (cafe USM), UTP

date : 5-6 May 2010

time : 10am-5pm

p/s : sape2 yang duk area ipoh, perak amat digalakkan datang beramai-ramai..sebab hospital ipoh dah habis bekalan darah..

...

May 1, 2010

sesi berkenalan

...


3 jenis makhluk aku paling benci :

1. orang yang kedekut tapi barang orang die kemaruk
2. orang yang berlagak tak bertempat
3. orang yang berak tak flush

...