BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 7, 2010

Mari memasak bersama abang joe budu

Disebabkan aku baru sahaja mencipta resipi baru time cuti yang lepas..jadi aku rase nak kongsi resipi aku ngan orang lain..name resipi ni ialah Cucur Nenas..orang Kelantan panggil Jempu’ Woh Lanah..

Baiklah puan2 dirumah..antara bahan2 yang diperlukan untuk masakan hari ni ialah :

1. Secawan air

2. 3 cawan tepung gandum

3. Sepotong nenas

4. Sebiji telur

5. Gula dan garam secukup rase

...

...

Oke..ni pula langkah2 untuk membuat cucur nenas :

1. Bancuh air dengan garam sehingga sebati

2. Masukkan telur dan bancuh sehingga sebati

3. Masukkan gandum dan bancuh sehingga sebati

4.Masukkan gula dan bancuh sehingga sebati

5. Potong nenas dalam bentuk kiub, masukkan dalam bancuhan tadi dan bancuh sehingga sebati

6. Panaskan minyak dan goreng cucur anda

7. Cucur yang masak akan kelihatan kekuningan atau kejinggaan

8. Setelah masak, hidang masakan anda dalam pinggan (buat sape yang kreatif, hias hidangan anda dengan daun atau kulit nenas)

...

Sekarang anda bolehlah merase hidangan yang ringkas, sedap dan jimat ini

p/s : dalam mase 10 jam, pastikan anda bersedia untuk ke tandas kerana resipi ini boleh mendatangkan cirit birit dan sakit perut..kemungkinan 3 hari

1 teguran:

hans said...

wah
kalau sampai 3 hari cirit birit taknak lah aku

P/S : Video Klip Terbaru Wonder 'Girls' - Nobody Meletup